Sunday, December 24, 2006

Membesarkan Payudara

Tidak kurang juga maknyah yang ingin melihat buah dada masing-masing menonjol agar bentuk fizikal feminim nampak lebih jelas. Saiznya sudah pasti berbeza. Untuk membolehkan buah dada itu kelihatan ada yang mengambil hormon dan tidak kurang juga yang melakukan plastik surgery. Hari ini mak baca dalam Berita Harian (online) bertajuk Cantik Palsu. Dalam rencana yang mengisahkan tentang plastic surgery itu ada juga maklumat ringkas tentang buah dada nie.
Uols boleh baca rencana sepenuhnya di sini

Di bawah merupakan maklumat tentang pembedahan buah dada yang mak petik dari rencana tersebut.

INFO: Saline Breast Implants

  • Penanaman payudara saline (saline breast implant) adalah satu-satunya jenis breast implant di Amerika Syarikat yang mendapat kelulusan Food and Drug Administration (FDA). Ia didatangkan dengan pelbagai bentuk, saiz dan tekstur, tetapi secara asasnya ia berkongsi komposisi yang sama, silikon yang mengandungi cecair campuran pepejal larut.

    Saline Breast Implants semakin popular selepas FDA mengharamkan penanaman silikon (silicone implants). Tidak seperti penananam silikon, jika penanaman saline itu pecah, tubuh dengan mudah menyerapnya.

    Silicone Breast Implants

  • Penanaman silikon menjadi kontroversi sejak bertahun-tahun lamanya. Pada 1992, FDA mengharamkan penggunaannya dalam pembedahan kosmetik berdasarkan kemungkinan komplikasi terjadi jika jel silikon bocor ke dalam bahagian lain tubuh. Sejak itu ia digantikan dengan penanaman payu dara saline sehinggalah selepas kajian dibuat, baru-baru ini, FDA menarik balik larangan penggunaan silikon dalam pembedahan kosmetik.

    Soybean Breast Implants

  • Penanaman payu dara berasaskan kacang soya tidak diluluskan FDA bagi penggunaan di Amerika walaupun ia sudah melalui pelbagai peringkat kajian. Kajian itu dikatakan bersaiz kecil dan hanya sedikit saja wanita yang menjadi responden. Bagaimanapun, ia sangat popular di Eropah dan Kanada.

    Ia dibangunkan pada 1980 sebagai cubaan saintis Amerika Syarikat untuk membangunkan teknik pembedahan kosmetik yang lebih selamat dan realistik.
  • No comments: