
Leona seorang yang berjaya dalam hidup walaupun berhadapan dengan dilemma gendernya. Kini Leona berusia 31 dan merupakan seorang wanita profesional. Dia memperolehi ijazah sarjana dari UK pada usia 26 tahun dan dua tahun selepas itu menerbitkan buku pertamanya. Kini Leona memilikki sebuah firma perunding perhubungan awam.
Kisah Leona ini adalah merupakan satu kisah kejayaan seorang transeksual. Ini kerana Leona telah menjalani pembedahan untuk menukar jantina dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Sama seperti pondz, fonenz, bapokz dan macam-macam gelaran itu lagi, Leona juga berhadapan dengan tentangan keluarganya. Ibu bapanya menentang keinginan Leona sehingga mendapatkan khidmat bomoh dan dukun untuk mengembalikannya ke dalam keadaan asal. Tetapi dua tahun selepas itu, ibu-bapanya mengalah dan terpaksa menerima kehendak anak muda ini.
Mengikut Leona, dia mula mempunyai keinginan untuk menjadi seorang wanita selepas mengambil bahagian dalam sebuah pementasa di sekolahnya pada usia 15 tahun. Dalam persembahan itu dia diberikan peranan sebagai seorang gadis memandangkan gerak-gerinya dan suaranya yang kefonenan itu. Kesan daripada pementasan itu telah merubah jiwanya apabila rakan sekolahnya mula mengejek apabila mendapat tahu watak Gong Li adalah sebenarnya seorang lelaki dan lelaki itu ialah Leonard. Dia mula diejek dan dicemuh oleh rakan-rakan sehingga dia berusaha untuk membunuh diri tetapi gagal. Detik itulah menukar dirinya dari seorang lelaki kepada seorang transeksual.
No comments:
Post a Comment