Wednesday, September 20, 2006

Ramadhan Yang Mulia Akan Tiba

Mungkin Ahad ini seluruh umat Islam akan mula menunaikan puasa Ramadhan. Puasa yang datang setahun sekali itu agar direbut fadhilatnya. Walau apapun kecenderungan kita di muka bumi ini, ibadah terhadap Allah, tuhan semesta alam tidak harus diabaikan. Sama-samalah kita tunaikan puasa yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam ini. Janganlah hanya apabila hendak berhari raya kita habis-habisan beli baj ubaru, tempa kuih, hias rumah, mungkin beli kereta baru tetapi puasa liat.

Ingatlah, Aidil fitri itu adalah hadiah kepada orang yang berpuasa. Kalau ada antara uols liat nak berpuasa, tak malukah pada Allah nak turut raya sama?

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mak rehatkan dulu blog ini dan akan buka semula selepas aidil Fitri.

selamat berpuasa

No comments: