Saturday, November 11, 2006

Macam-macam Kisah Pondan

Macam-Macam: Pondan lebih berjaya kutip cukai pendapatan


KOLKATA: Pihak berkuasa kutipan hasil dalam negeri Bihar, India mempunyai taktik tersendiri tetapi berkesan bagi memaksa peniaga membayar cukai pendapatan.


Caranya - menggunakan khidmat sekumpulan pondan atau mak nyah lengkap mengenakan sari dan mekap tebal menemani pegawai hasil dalam operasi mengutip cukai.

Bukan setakat mengetuk pintu kedai dan rumah pengelak cukai di sekitar ibu kota wilayah di Patna , tetapi kumpulan mak nyah itu akan turut menyanyi dan menari selain melaungkan nama peniaga terbabit bagi memalukan mereka.

“Ada antara mereka yang segera membayar wang tunai dan tidak kurang pula yang menyerahkan cek. Terapi kejutan itu terbukti amat berkesan,” kata pegawai kanan Bihar, Atul Prasad.

Kempen yang dilancarkan Rabu lalu berjaya menyaksikan kutipan 425,000 rupee (RM34,930) daripada peniaga ingkar dalam masa beberapa jam. – Reuters

No comments: